Santau Merasuk

Santau Merasuk ialah sebuah siri drama televisyen seram ghaib Malaysia 2012 arahan Azhari Zain, dibintangi oleh Fezrul Khan, Yana Samsudin, Farisya Fatin dan Zain Hamid. Diadaptasi dari filem Santau (2009), juga arahan Azhari, siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Seram TV3 dari 15 Disember 2011 hingga 8 Mac 2012 menggantikan Terowong.Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[1]